Pages

Thursday, 4 July 2013

HIJAB

-Mengapa islam menyuruh wanita islam menutup auratnya?


Kedudukan wanita islam sering menjadi sasaran utama media. Hijab atau pakaian islam menjadi contoh utama bagi wanita  mengikut undang-undang islam. Jika dilihat pada kedudukan wanita sebelum kedatangan islam, kita akan lebih memahami kenapa wanita islam disuruh menutup aurat.

:WANITA SEBELUM ISLAM...
-Kehidupan wanita sering terkongkong dalam bayang-bayang nilai bangsa yang bersifat fanatik. Wanita tidak lebih dari makhluk yang dicipta sebagai seorang pemuas dan pelayan bagi lelaki. Wanita hidup hanya sebagai pelengkap dan tidak memperolehi hak-haknya sebagai manusia. Perkara tersebut masih berterusan hingga ke hari ini. Tanpa hadirnya islam dan hukum-hakam dari ALLAH, wanita masih tidak berubah tanggapannya. Wanita masih dianggap makhluk yang hina, terbuang dan tidak mempunyai nilai andainya islam tidak hadir. Jika dilihat pada wanita  bangsa dan komuniti yahudi, nasrani dan arab jahiliah sebelum kedatangan islam.

----->WANITA YAHUDI:  
     Wanita adalah laknat dan kutukan. Menurut kepercayaannya, wanita adalah penyebab utama diturunkannya Adam dari  syurga ke bumi. Pada keadaan tertentu, wanita diperdagangkan sesuka hati.

------>WANITA NASRANI:
     Wanita dianggap sebagai lambang keburukan dan penyebab utama lahirnya bencana dan kejahatan. Wanita adalah perwujudan syaitan dan diciptakan hanya untuk melayani kaum lelaki. Wanita dianggap penyebab utama yang menghantarkan seseorang untuk melakukan dosa. Oleh sebab itu, dia harus menebus kesalahan-kesalahan tersebut dengan melahirkan anak.

------->WANITA ARAB JAHILIAH:
     Wanita adalah gabungan dari segala gambaran keburukan, kesengsaraan, dan kehinaan. Oleh sebab itu, hingga pada tahap tertinggi, mereka sanggup menguburkan hidup-hidup setiap bayi permpuan yang baru dilahirkan.





Kehadiran islam memberi sinar baru kedalam hidup setiap wanita. Islam mengangkat tinggi darjat wanita di mata khalayak. Wanita tidak lagi dianggap semata-mata pemuas nafsu dan hamba abdi, malah kita disuruh untuk melindungi dan menjaga hak-hak wanita. Islam menyatakan bahawa wanita hanyalah insan yang lemah dan perlu dididik dan dijaga dengan rapi. 

HIJAB BAGI LELAKI
      Media kini sering membicarakan tentang hijab wanita. Walhal, al-quran ada menyebut tentang hijab bagi lelaki sebelum hijab bagi wanita iaitu di  dalam surah An-nur.

"Katakanlah kepada lelaki yang berima, agar ,ereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka pernuat."    -An-nur 24:31

   



HIJAB BAGI WANITA
     Setelah itu barulah disebut tentang hijab bagi wanita pula iaitu dalam surah yang sama, An-nur:

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan (seislam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung. "    -An-nur 24:31    


Jelaslah bahawa islam sangat menghargai dan menjaga hak seseorang wanita. Berdasarkan ayat ini, islam menegur setiap aspek yang ada pada seseorang wanita. 





5 CIRI HIJAB MENURUT ISLAM:
    1. LABUH -Allah telah menyebutnya didalam al-quran surah an-nur ayat 31." Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), "
     
    2. TIDAK KETAT -Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan seseorang wanita itu.

    3. TIDAK NIPIS -Pakaian tersebut hendaklah tebal serta tidak menampakkan warna kulit.

    4. TIDAK MENYERLAH -Tidak menyerlah di sini adalah merujuk kepada warna pakaian tersebut yang menyerlah dan boleh menaikkan ghairah bagi lelaki.

    5. TIDAK MENYERUPAI -Maksud disini adalah tidak menyerupai pakaian bagi lelaki dan tidak menyerupai pakaian bagi penganut agama-agama lain.




 







 
CONTOH: 2 ORANG KEMBAR PEREMPUAN: 



   Terdapat 2 orang kembar perempuan yang sangat cantik kedua-duanya. Salah seorang darinya memakai pakaian mengikut ajaran islam iaitu menutup auratnya dengan sempurna. Seorang perempuan lagi, memakai mini skirt yang tidak menutup auratnya. Di pertengahan jalan, terdapat sekumpulan lelaki nakal yang ingin mengusik mereka serta berbuat jahat terhadap mereka. Pada pandangan anda, siapakah diantara mereka berdua (2 orang kembar) itu yang terlebih dahulu diganggu lelaki tersebut? Kebiasaannya, lelaki lebih memilih perempuan yang memakai mini skirt tersebut berbanding perempuan yang menutup auratnya itu. Hal ini kerana pakaian tersebut mampu menaikkan ghairah bagi lelaki.

 Benarlah apa yang dikhabarkan didalam al-quran bahawa hijab mampu mengelak wanita daripada diganggu sebegitu.